Gennaro Gattuso mahu merangkul trofi ketika beliau merancang "menulis sejarah penting" selepas menandatangani kontrak tiga tahun bersama AC Milan.
Bekas bintang Milan, Gattuso, mengambil tugas mengendalikan pasukan pada November lalu bagi menggantikan Vincenzo Montella yang dipecat.
Sejak pelantikannya, Milan menikmati perkembangan positif dengan meraih sembilan kemenangan daripada 16 aksi Serie A di bawah kendaliannya.
Di atas kejayaan itu, Milan mengumumkan semalam mereka telah menawarkan kontrak baru kepada Gattuso, mengikat khidmat pengendali berusia 40 tahun itu hingga 2021.
Dan bekas pemain tengah itu, yang memenangi 10 trofi bersama Milan sebagai pemain, menuntut kejayaan daripada pemain-pemainnya.
"Saya sangat berbangga dan ini merupakan tanggugjawab yang besar untuk staf kejurulatihan Milan dalam usaha meraih kejayaan.
"Ia juga sukar tetapi kami perlu melakukannya dengan baik dan perlu meraih keputusan yang positif.
"Saya berharap dapat kekal lama di kelab ini, dan berharap untuk merangkul kejuaraan.
"Daripada sudut pandangan profesional, saya perlu mendalami lebih banyak ilmu dalam kejurulatihan dalam usaha menulis sejarah penting untuk kelab ini.
"Aksi final Coppa Italia berdepan Juventus adalah usaha pertama untuk merangkul trofi buat kelab ini," katanya.