Gary Neville sukar memahami mengapa lembaga pengarah Manchester United tidak melakukan segalanya untuk menandatangani penyerang produktif, Harry Kane, dalam misi muncul sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
United telah menghabiskan lebih daripada £100 juta (RM579.9j) dalam beberapa minggu terakhir untuk merekrut Jadon Sancho dan Raphael Varane daripada Borussia Dortmund dan Real Madrid.
Tetapi Neville percaya bekas kelabnya itu tidak boleh bergantung kepada mereka untuk memburu kemenangan, lantas mencadangkan mereka supaya memancing penyerang Tottenham berkenaan sebelum jendela perpindahan ditutup Selasa depan.
Kane, yang membuat penampilan pertamanya musim ini dari bangku simpanan dalam kemenangan ke atas Wolves semalam, mencetuskan spekulasi masa depannya pada Mei lalu apabila menyuarakan hajat meninggalkan Spurs.
Manchester City sering dikaitkan dengan ketua pasukan England itu, namun Neville berpendapat bahawa The Red Devils perlu menandatangani pemain tersebut untuk terus bersaing hebat selain mampu membantu pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.
Dia berkata di Sky Sports 'Monday Night Football: "Melalui Chelsea, kita telah melihat apa yang mereka mampu raih apabila membelanjakan £97j (RM562.5j) dengan menandatangani Romelu Lukaku. Kita melihat Virgil Van Dijk telah kembali (daripada kecederaan) untuk memperkuatkan Liverpool dan kita tahu bahawa Man City ada (Jack) Grealish. Sekiranya mereka mendapatkan Kane, saya rasa United akan menghadapi masalah besar.

"Saya sukar mengerti mengapa Manchester United tidak melakukan langkah tambahan dalam jendela perpindahan ini.
"Jumlah sekitar £70j (RM405.9j) yang dibelanjakan ke atas Sancho merupakan hasil daripada wang tahun lalu dan saya rasa seiring dengan sejarah Manchester United, mereka sering memburu pemain terbaik liga, pemain Inggeris terbaik dalam EPL mahupun pemain Inggeris di liga lain.
"Anthony Martial, Daniel James, Jesse Lingard -- anda boleh bercakap tentang potensi untuk menurunkan peruntukan gaji kelab bagi menjana wang perpindahan.
"Mengapa mereka tidak ikut serta memancing Harry Kane minggu ini?
"Saya rasa jika Harry Kane menyertai Manchester United, anda akan memperoleh 90-95 mata.
"Tanpanya, mereka masih perlu menggantikan Edinson Cavani dan Martial pada musim panas depan -- Martial gagal memenuhi jangkaan sementara kontrak Cavani hanya tinggal setahun lagi.
"Lambat-laun mereka harus membeli seorang penyerang tengah -- mengapa tidak mendapatkan pemain itu sekarang untuk menawarkan dorongan buat Ole?"