Sven Gartung mempunyai alasan untuk tersenyum lebar setelah anak buahnya mencuri tiga mata di Kuching, seterusnya membawa PKNS FC naik ke tangga kelapan Liga Super, malam tadi.
Bagi pengendali dari Jerman itu yang menggantikan E. Elavarasan yang direhatkan sejak awal bulan ini, ia kepuasan yang amat ketara.
"Bukan sahaja kami menang aksi ini tetapi yang penting, kami tidak melepaskan sebarang gol.
"Saya gembira. Ini aksi kedua saya membimbing pasukan ini dan kubu kami masih kental tanpa jaringan," katanya.
Dalam kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri malam tadi, Mohd Alif Haikal Mohd Sabri muncul wira PKNS FC apabila meledakkan gol pada minit ke-68 hasil satu serangan balas pantas.
Menurut Gartung, dia gembira dan bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya.
"Amat bagus rasanya mengekalkan kedudukan dalam liga dan mendapat mata. Mereka (pemain) berusaha keras untuk kemenangan ini dan saya amat positif dengan pasukan saya."
Katanya, berdasarkan prestasi terumbang-ambing sebelum ini, dia dapat melihat kesungguhan pemainnya memburu kemenangan.
"Mereka mahu menang dan mereka memperoleh apa yang dihajati."
Tambahnya, strategi pasukannya pada malam tadi adalah untuk menafikan sebarang gol lawan.
"Maknanya, kami tidak boleh kalah. Kami perhatikan strategi Sarawak dan bertahan. Apabila tiba masanya, kami cipta peluang dan memanfaatkannya."
Gartung mengakui 30 minit pertama, pasukannya banyak mencetus peluang, namun sukar menembusi kubu Sarawak.
Katanya, kekuatan pasukannya dalam aksi kali ini adalah semangat berpasukan.
"Selepas itu, kami menukar rentak dan akhirnya berjaya menggerakkan inisiatif ke arah gol. Cara berkubu adalah cukup mengagumkan. Mereka bermain bersungguh-sungguh."
Untuk pertemuan dengan T-Team pada Rabu ini, Gartung berkata dia mahu pemainnya merehatkan diri terlebih dahulu.
"Kami perlu segar semula apabila kembali ke kem latihan Isnin ini dan selepas itu baru mencaturkan strategi menentang lawan.
"Kami akan memberi fokus daripada satu perlawanan ke satu perlawanan. Tetapi yang penting, momentum ini perlu dikekalkan," jelasnya.