Skip to main content

Bola Sepak

Gara-gara salji tebal aksi Juventus-Atalanta diubah 14 Mac

gianluigi-buffon-cropped_1r4f1knc0qwu51wdu0pzaaglxz.jpg
Pertembungan Serie A di antara Juventus dan Atalanta telah dijadualkan semula pada 14 Mac ini.

Perlawanan itu sepatutnya berlangsung kelmarin tetapi terpaksa ditangguhkan akibat salji tebal di Turin.

Badan pentadbir Serie A, Lega, hari ini mengumumkan bahawa perlawanan itu akan diadakan dua minggu lagi.

Juara Itali itu akan menjadi tuan rumah kepada aksi menentang Udinese pada 11 Mac dan akan berdepan SPAL pada 17 Mac untuk perlawanan terakhir sebelum rehat antarabangsa.
 

Advertisement

Must Watch Video