Ole Gunnar Solskjaer memuji risiko yang diambil Bruno Fernandes sambil menjelaskan bagaimana pemain tengah itu memberi kebebasan kepada Paul Pogba sebagai arkitek Manchester United pada hari pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menundukkan Leeds United 5-1.
Fernandes meledak hatrik pertamanya bersama The Red Devils, pencapaian seumpamanya yang ke-10 dalam sejarah EPL tatkala Pogba mencipta empat bantuan jaringan bagi memulakan cabaran mereka untuk menumbangkan Manchester City musim ini dengan penuh gaya.
Pogba menjadi pemain ketujuh untuk empat bantuan gol dalam sesebuah perlawanan liga, prestasi unggulnya itu menjelaskan kualiti sentuhan bintang Perancis tersebut di sebalik spekulasi masa depannya yang dibayangi kontrak yang akan berakhir akhir musim ini.
Berdasarkan bukti malam tadi, Fernandes dan Pogba menjadi bayangan nadi kepada misi United untuk merebut gelaran EPL pertama sejak 2013, lantas Solskjaer menghamburkan pujian terhadap kedua-dua anak buahnya itu.
"Dia mengambil risiko, dia pemain Man United. Ketika anda menjadi penyerang di Man United, anda perlu mempunyai keyakinan, sedikit kesombongan dan mengambil risiko," kata Solskjaer kepada BT Sport mengenai Fernandes.
Tentang peranan Pogba pula, tambahnya: "Saya menjalinkan hubungan baik dengan Paul sejak dia masih kecil lagi. Hari ini kami memberi ruang untuknya menikmati gaya dihajatinya memandangkan prestasinya selama 45 minit ketika menentang Everton dalam aksi pemanas badan bukan di tahap terbaik.
"Jadi hari ini kami memberinya kebebasan untuk berkeliaran di mana sahaja dimahukannya dan cuba mendapatkan bola.
"Semua pemain terbaik ingin berasakan kepercayaan kami dan ia memang wujud, Paul adalah salah seorang daripada mereka yang mampu mencipta detik penting secara mengejut. Saya kagum dengan kecergasannya, jadi ia satu petanda yang baik."
Jadon Sancho dimasukkan dari bangku simpanan untuk untuk aksi pertamanya sementara United turut memperkenalkan bekas pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane, sebelum sepak mula -- rakan sepasukan Pogba di kem Perancis itu menerima sambutan hangat ketika diperkenalkan kepada peminat.
"Ada lapan atau sembilan pemain yang belum ada di sini hari ini, saya mempunyai pilihan berkualiti di bangku simpanan, kami telah melakukannya dengan baik dalam jendela musim panas ini. Hari ini juga Raphael sudah muncul dan ia menyemarakkan lagi semangat penyokong dan pemain, jadi anda pasti gembira," katanya lagi.
"Masih ada perlawanan lagi selepas ini jadi ini adalah satu permulaan yang baik. Ini adalah cara yang saya ingin lihat pasukan saya beraksi.
"Bukan hanya kerana lawan kami adalah Leeds tetapi saya ingin melihat mereka menghambat, mara, mengambil risiko dan ia berjalan lancar. Beberapa tonggak ini ada yang tidak sempat beraksi lebih dari 45 minit sebelum hari ini. "

? Appreciation post.
— Manchester United (@ManUtd) August 14, 2021
What a performance, @PaulPogba ?#MUFC | #MUNLEE pic.twitter.com/v4J0ZnGLEs