Kevin De Bruyne percaya bergandingan dengan David Silva ketika beraksi bersama Manchester City membantunya untuk menikmati musim yang hampir sempurna dalam kariernya.
Pemain kebangsaan Belgium itu bertindak sebagai watak penting dalam membantu City mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu hanya perlukan satu kemenangan untuk mendapatkan satu lagi gelaran selepas menjuarai Piala EFL.
De Bruyne meledak tujuh gol dan melakukan bantuan jaringan sebanyak 15 kali dalam aksi EPL dan tidak sabar untuk mencipta lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.
"Ini merupakan musim yang hampir sempurna buat saya," katanya.
"Saya sangat gembira kerana boleh bermain dalam setiap perlawanan tanpa sebarang masalah."
Ketika prestasi De Bruyne menyaksikan dia mengetuai saingan untuk meraih anugerah Pemain Terbaik PFA, dia berasakan Silva turut berhak berada dalam saingan di atas persembahan cemerlangnya musim ini.
Kedua-dua pemain itu telah membentuk gandingan yang berkualiti buat City dalam mencetus kemenangan demi kemenangan dalam saingan EPL.
"Silva mampu mengubah rentak permainan setiap kali dia turun beraksi. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik musim ini," tambah De Bruyne.
"Dia telah banyak membantu saya dalam mendapatkan sentuhan terbaik. Setiap kali dia beraksi, kami mesti menang."
City bakal berkunjung ke Anfield bagi aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Liverpool, esok.