Skip to main content

Bola Sepak

Gameiro: Atletico perlu terus unggul ke atas Los Blancos

kevin-gameiro.jpg
ALAVES 0 ATLETICO MADRID 1 

Wira Atletico Madrid,  Kevin Gameiro, menegaskan betapa pentingnya mengekalkan keunggulan mereka ke atas musuh ketat, Real Madrid, dalam perlumbaan tempat kedua LaLiga setelah merakamkan kemenangan kurang meyakinkan 1-0 di Deportivo Alaves.


Atleti mengetepikan perayaan Barcelona mengesahkan kejuaraan liga apabila Gameiro menghukum bola yang terkena tangan Mubarak Wakaso untuk gol tunggal perlawanan melalui sepakan penalti. 

Pelawat hampir di depan, namun Fernando Torres gagal menyudahkan peluang dari jarak 12 meter dan Atleti bergelut susulan ketiadaan Antoine Griezmann, Saul Niguez dan Jan Oblak yang direhatkan sempena misi hidup dan mati dalam separuh akhir kedua Liga Europa menentang Arsenal, awal pagi Jumaat nanti. 

Gameiro melabel faktor itu penting bagi memastikan mereka mengekalkan kelebihan ke atas Madrid -- yang dipisahkan empat mata di tangga ketiga dengan kelebihan satu perlawanan. 

"Ia adalah detik yang sukar untuk pasukan tetapi kami telah memenanginya dan memastikan kami kekal di kedudukan kedua, ia amat penting," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

"(Penalti) pertama tidak masuk, bukan kerana ia tidak masuk tetapi apa yang penting kami tetap mendapat tiga mata dan dapat menjarakkan kedudukan kepada empat mata.

"Kami mempunyai tiga lagi perlawanan yang perlu dimenangi. Dua perlawanan akan berlangsung di tempat sendiri, jadi penting untuk melindungi pasukan dan kami melakukannya."

Atletico akan menyambut Espanyol dan Eibar, selain kunjungan ke Getafe dalam perlawanan terakhir liga. 

Advertisement

Must Watch Video