Legenda bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan, berkongsikan dirinya pada suatu ketika dahulu pernah menolak tawaran besar pasukan dari Arab Saudi iaitu Al-Hilal.
Bekas pemain Selangor dan Pahang itu memilih untuk kekal beraksi di Liga Malaysia meskipun mendapat tawaran lumayan daripada pasukan itu.
Dalam perkongsian itu, dia turut seakan tidak percaya bagaimana lamaran dari pasukan gergasi Arab Saudi itu boleh sampai di rumah milik keluarganya di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
"Saya pun ketika itu masih umur 20, 21 tahun. Persekitaran bola sepak di negara itu kuranglah. Gaji lumayan tetapi saya lebih selesa bermain di Malaysia.
"Tapi saya tak terima. Tak tahu macam mana boleh sampai di rumah dekat Kampung Baru, rumah mak saya.
"Masa itu, saya tiada rumah. Saya tahu dalam sampul surat, ada tiket penerbangan terbuka. Boleh terbang bila-bila masa ke sana." kongsinya.