Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak (PBDHP) mengenakan tindakan tegas terhadap dua pasukan yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan antara Padang Tembak FC dan Jenderata FC di Padang Speedy, Teluk Intan pada 7 Ogos lalu.
Setiausaha Kehormat PBDHP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Jawatankuasa Tatatertib telah memanggil wakil kedua-dua pasukan bagi memberi keterangan sebelum bersidang dan membuat keputusan.
Hasil mesyuarat itu, kedua-dua pasukan dikenakan denda sebanyak RM3,000, manakala pengurus Padang Tembak FC digantung selama lima tahun berkuat kuasa serta-merta.
Selain itu, pemain kedua-dua pasukan yang terlibat dalam pergaduhan turut digantung daripada sebarang penyertaan dalam liga selama tiga tahun.
Bagaimanapun, keputusan perlawanan tersebut dikekalkan kerana sudah melepasi dua pertiga masa permainan.
"Kedua-dua pasukan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat dikeluarkan," katanya.
Media melaporkan, berlaku insiden rusuhan ketika separuh masa kedua perlawanan bola sepak Liga Integriti Hilir Perak 2025 membabitkan dua pasukan iaitu Padang Tembak FC dan Jenderata FC.
Insiden kekasaran mula berlaku apabila seorang pemain melakukan takel keras terhadap pemain lawan yang seterusnya mencetuskan pertelingkahan dan pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan telah menahan tujuh suspek terlibat membabitkan pengurus pasukan serta pemain kedua-dua pasukan yang dikesan berdasarkan rakaman video tular dan nombor jersi dipakai.
Khamis lalu, lima daripada pemain terlibat telah dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan kes masing-masing di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 kanun sama.
Kredit: Sinar Harian