Skuad futsal negara mara ke separuh akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selaku naib juara Kumpulan B, sekalipun tumpas kepada Myanmar 3-5 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Tertutup Hua Mark, Bangkok, hari ini.
Skuad bimbingan Chiew Chun Yong membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi Abu Haniffa Hassan, disusuli jaringan Saiful Nizam Ali seminit kemudian, sebelum Khairul Effendy Bahrin menjadikan kedudukan 3-0.
Myanmar, bagaimanapun, bangkit dengan lima gol pada separuh masa kedua, hasil jaringan Nyein Min So, Pyae Phyo Maung, Aung Aung, Nyein Min Soe dan Pyae Phyo Maung.
Skuad negara akan bertemu tuan rumah yang juga juara bertahan, Thailand dalam separuh akhir, Jumaat ini.
Untuk rekod, kali terakhir pasukan negara melangkah ke final kejohanan itu ialah pada edisi 2010 di Vietnam, yang menyaksikan pasukan negara tewas 0-5 kepada Indonesia.