Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas menewaskan Laos 13-1 dalam saingan peringkat Kumpulan B, di Stadium Tertutup Hua Mark, Bangkok, sebentar tadi.
Skuad negara pimpinan Chiew Chun Yong mencipta tujuh gol dalam separuh masa pertama menerusi Akmarulnizam, Khairul Effendy, Abu Hanifa dan hatrik daripada Ridzwan Bakri.
Penguasaan Malaysia berterusan dalam separuh masa kedua, malah meledak enam lagi gol menerusi Muhammad Azri, Akmarulnizam dan Muhammad Awaluddin.
Kemenangan itu membolehkan skuad negara berada di tangga teratas Kumpulan B dan mara ke peringkat separuh akhir.
Dalam perlawanan semalam, Malaysia menewaskan Indonesia 6-5.