Penyerang import Selangor, Francis Forkey Doe, berasa gembira dengan kehadiran beberapa muka baru di barisan serangan, sekaligus dapat membantunya kembali menemui sentuhan jaringan.
Usaha Forkey Doe untuk mendapatkan jaringan kini dilihat semakin mudah sejak corak tiga serangkai di belakangnya yang diterapkan pengendali, P. Maniam, yang mempertaruhkan Amri Yahyah, Andik Vermansyah serta Rufino Segovia bersama Selangor.
Malah, jaringan sulungnya ketika berdepan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching kelmarin, telah diilhamkan hasil kerjasama Andik dan Amri.
Jelas penyerang dari Liberia itu, dia sudah mula dibuai keyakinan tinggi untuk memburu lebih banyak jaringan bersama Selangor selepas ini.
"Segala-galanya semakin baik dan persefahaman antara saya rakan sepasukan juga semakin meningkat," ujarnya.
Impian utama Forkey Doe pada waktu ini ialah mahu membawa Selangor mara ke pentas akhir Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut dan baginya, tiada mana-mana pasukan boleh mengambil mudah cabaran mereka berdasarkan prestasi terkini.
"Saya yakin dapat melangkah jauh dalam Piala Malaysia dan itu dapat dilihat daripada persembahan semua pemain," tambahnya.
Selangor menewaskan Sarawak 2-1 dalam saingan Piala Malaysia, Sabtu lalu, dan bakal menyambung aksi Liga Super menentang Perak di Ipoh, esok.