Skip to main content

Bola Sepak

FMLLP kekalkan hukuman sekatan perpindahan ke atas Kelantan

penghijrahan-besar-besaran-pemain-kelantan-mungkin-khabar-angin.png
Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengekalkan hukuman sekatan perpindahan ke atas pasukan Kelantan walaupun skuad itu berjaya dalam rayuannya terhadap pemotongan mata.

FMLLP dalam kenyataannya hari ini berkata The Red Warriors (TRW) berjaya dalam permohonan mengurangkan hukuman pemotongan mata daripada enam kepada tiga mata.

Bagaimanapun, sekatan perpindahan masih lagi kekal kerana kegagalan mengikut prosedur dan mengemukakan surat penyelesaian tunggakan daripada agensi-agensi berkaitan.

"Rayuan pertama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) hanya merupakan rayuan untuk meringankan pemotongan enam mata perlawanan.

"Tiada rayuan dibuat untuk KAFA dibenarkan mendaftar pemain asing yang baru serta tidak meminta diberikan tempoh supaya boleh menyelesaikan tunggakan-tunggakan gaji, KWSP, Perkeso dan LHDN."

Begitupun, rayuan kedua KAFA telah dibawa ke perhatian Lembaga Pengarah FMLLP untuk dipertimbangkan.

"Rayuan kedua ini dapat dipertimbangkan kerana pihak KAFA telah mengambil langkah proaktif untuk berjumpa dengan pihak FMLLP pada 5 Jun lalu tentang isu pendaftaran pasukan dan juga rayuan kedua ini telah diiringi dokumen sokongan. 

"Oleh kerana usaha pihak KAFA, sekretariat FMLLP telah mengemukakan rayuan KAFA kepada Lembaga Pengarah FMLLP."

Kenyataan itu turut menyebut FMLLP kekal dengan keputusan untuk memberi pihak KAFA sehingga 31 Oktober ini untuk menyelesaikan tungakkan gaji, KWSP, Perkeso dan LHDN yang akan membolehkan KAFA memuat naik dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran pasukan. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video