Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) melahirkan rasa kecewa terhadap beberapa pasukan yang masih gagal untuk menyempurnakan proses pendaftaran pemain di dalam sistem Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), MyPas, bagi saingan Liga Malaysia 2017.
Untuk musim baru ini, pasukan diminta untuk mendaftar minimum 20 pemain pada atau sebelum 6 Januari lalu bagi memudahkan FMLLP untuk memproses, menyemak dan meluluskan pendaftaran pegawai dan pemain sebelum bermulanya pertandingan pertama liga.
Menurut Unit Pertandingan FMLLP, makluman kepada pasukan telah dibuat melalui surat rasmi semasa taklimat Liga Malaysia pada Disember tahun lalu dan juga berhubung secara terus dengan pegawai tadbir pasukan.
Antara masalah dikenal pasti adalah seperti dokumen kontrak yang tidak lengkap, laporan perubatan yang tidak sah, tiada pengesahan Jabatan Integriti FAM bagi dokumen berkaitan dan tidak menyertakan polisi perlindungan insurans.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, dalam satu kenyataan berkata dia memandang serius perkara ini dan berharap semua pasukan dapat melengkapkan pendaftaran dengan segera bagi mengelak sebarang masalah di dalam liga kelak.
"Pasukan yang gagal untuk melengkapkan pendaftaran, pemain berkenaan tidak layak untuk bermain dalam pertandingan Liga Malaysia sehingga pendaftaran diluluskan.
“Tempoh bertenang untuk pendaftaran pemain adalah 48 jam. Jadi, pasukan hendaklah mendaftarkan pemain seawal mungkin bagi mengelakkan mereka tidak dapat bermain,” katanya.
Sementara itu, Kevin menjelaskan pasukan PKNS FC dan PDRM masih belum mengesahkan venue pertandingan tuan rumah untuk perlawanan awal akibat Stadium Shah Alam dan Stadium Hang Jebat yang masih dalam proses penyelenggaraan.