Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, mengulangi kekesalannya disebabkan kegagalan sistem bola sepak negara itu dalam menyediakan pemain muda terbaik tetapi berjanji akan mula memberikan peluang buat pemain muda selepas perlawanan menentang Argentina awal pagi esok.
Azzurri menewaskan England dalam penentuan sepakan penalti untuk dinobatkan juara Euro 2020 pada Julai tahun lalu tetapi mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat edisi kedua berturut-turut selepas tewas kepada Macedonia Utara dalam perlawanan playoff pada Mac lalu.
Kegagalan itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan Mancini dan sistem bola sepak di Itali juga kelihatan gagal menghasilkan pemain muda terbaik buat Azzurri, yang terpaksa menggunakan pemain veteran seperti Giorgio Chiellini dan Ciro Immobile di peringkat antarabangsa.
Mancini sebelum ini meluahkan keluhannya dengan berkata jurulatih dalam Serie A enggan menyediakan pemain muda peluang untuk berkembang di peringkat kelab.
Itali akan berdepan Argentina di Stadium Wembley sebagai pertemuan juara Euro dan Juara Copa America dalam 'Finalissima' awal pagi esok tetapi Mancini kelihatan masih belum boleh memberikan kepercayaan kepada pemain muda negara itu.
"Esok adalah perlawanan yang akan menamatkan satu kitaran," kata ketua jurulatih Azurri itu kepada wartawan.
"Ia tidak bermakna 15-20 pemain akan meninggalkan pasukan tetapi bermula esok, kami mahu pemain muda faham betapa mereka bernilai untuk pasukan ini dan kami boleh mengharapkan mereka bagi masa depan.
"Buat masa ini, saya perlu memilih pemain dengan kriteria yang logik, kemudian keberanian akan diperlukan kerana ia akan menjadi sebuah pasukan dengan kumpulan pemain yang lebih muda dan perlu disokong dengan cara berbeza.
"Kami tidak akan mengubah seluruh pasukan tetapi dalam empat perlawanan, akan ada seorang, dua, tiga atau empat pemain muda akan bermain.
"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk dilakukan. Kami mencuba untuk mengusahakannya bagi masa depan, untuk meningkat.
"Jika kelab tidak mahu melakukannya atau membenarkan pemain muda bermain, saya tidak dapat memilih.
"Kami akan mencuba untuk mengumpulkan maklumat mengenai pemain muda dan kami mahu semuanya berjalan dengan baik tetapi kami tidak boleh berharap kepada sesiapa sekiranya mereka tidak mahu melakukannya.
"Kami masih dapat memenangi Kejohanan Eropah walaupun terdapat banyak kesukaran," katanya.

Touchdown in England ?
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) May 31, 2022
? The #Finalissima ?#ITAARG #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/uFCAskUcQ6