Ketua pasukan Sri Pahang, Fadhli Shas, menganggap final Unifi Piala Malaysia kali ini unik atas yang mengimbau memori pahit 11 tahun lalu.
Ketika itu dia merupakan sebahagian dari kekuatan Johor Darul Ta'zim (JDT), namun terpaksa menerima hakikat tersungkur kepada Pahang menerusi kemenangan penalti 5-3 selepas aksi 90 minit berkesudahan seri 2-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Masa terus berganti, JDT kini berada di dalam kelas tersendiri, namun itu tidak menghalang Fadhli mengimpikan keajaiban berlaku pada malam esok.
Rasa kecewa tewas di tangan Pahang lebih sedekad lalu masih terasa, lantas Fadhli yang ketika ini menerajui skuad Tok Gajah mengharapkan tuah mampu mengiringinya.
"Sudah semestinya yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan.
"Kami akan turun sebagai pasukan underdog.
"Kita tahu kebolehan JDT (yang merupakan) sebuah pasukan yang hebat, mempunyai pemain-pemain yang berkualiti di setiap posisi.
"Kami turun macam tanpa rugi apa-apa.
"Kami hanya perlu bagi yang terbaik, ikut arahan dan taktikal jurulatih," katanya dalam sidang media hari ini.

InsyaAllah esok pegang lagi sekali, dah lama tak pegang (piala)
— FinaNasrom (@fnasrom) April 25, 2025
- Fandi Ahmad, Ketua Jurulatih Sri Pahang pic.twitter.com/SZ86IRRVtC