Menjelang kehangatan final Unifi Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta,zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini, bekas ketua jurulatih Pahang, Datuk Zainal Abidin Hassan, dan bekas kapten, Razman Roslan, mengimbau kembali pertemuan final terakhir kedua-dua pasukan itu pada 2014.
Dalam final Piala Malaysia 2014 di SNBJ, Pahang mendahului permainan seawal minit ke-15 hasil jaringan Dickson Nwakaeme sebelum Jorge Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Empat minit berselang, JDT memperoleh sepakan penalti selepas bola terkena tangan Razman untuk disempurnakan Luciano Figueroa.
Mujur Nwakaeme sekali lagi menemui jaring untuk mengikat kedudukan pada minit ke-71 dan Pahang kemudian memperoleh kemenangan 5-3 dalam penentuan sepakan penalti.
Razman, dalam rancangan Bola Dulu Baru Kamu, menjelaskan mengenai situasi bagaimana JDT memperoleh sepakan penalti berkenaan.
"Gol kedua itu saya nak cerita, ini eksklusif kerana jika saya cerita dekat luar memang orang tidak percaya, jadi saya cakap di sini.
"Bola itu memang tinggi, saya tidak tahu daripada siapa tetapi saya cuba menghalang Lucho (Figueroa) dan bola kemudian terjatuh atas tangan saya.
"Ada orang kata saya silau, tidak, memang saya cuba nak halang Lucho.
"Pengadil memberikan sepakan penalti dan saya katakan kepadanya saya bukan sengaja tahan bola, ia terkena tangan saya," katanya.
Zainal Abidin menambah: "Saya kalau pelajar baru buat macam itu, saya OK lagi lah.
"Kapten aku buat macam tu..."