Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, yakin setiap pemainnya memiliki cara tersendiri untuk membuktikan kemampuan dalam aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
Tok Gajah akan turun selaku pasukan bukan pilihan menentang juara bertahan berkenaan dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2014.
Fandi berkata suasana bola sepak ketika ini tidak seperti dahulu dan pemain perlu mencari jalan untuk menonjolkan diri, baik daripada segi taktikan atau teknikal.
Tambahnya, tugas jurulatih adalah untuk memberikan arahan dan motivasi dan selebihnya terpulang kepada pemain itu sendiri.
"Zaman dahulu dan sekarang lain, bola sepak sudah berubah," katanya dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Layanan terhadap pemain sudah berbeza, saya perlu jaga hati mereka sedikit.
"Zaman sekarang ini, kalau kita selalu menjerit pun susah untuk pemain. Tetapi mereka harus faham dan mendengar kata-kata jurulatih.
"Kerana dalam setiap kata-kata itu, mereka perlu tahu, di atas lapangan, kalau kita lalai, padah akan tiba, lagi-lagi kami akan berdepan JDT.
"Kami perlu fokus 100 peratus, kalau tidak, pasti susah kerana zaman dahulu mungkin tiada pendekatan saintifik tetapi zaman ini, semua orang boleh melakukan analisis dan kajian tentang permainan mereka.
"Apa yang penting, mereka harus tahu tujuan dan tugas mereka, dan yang paling penting, mereka perlu bermain untuk pasukan," katanya.