Ketua jurulatih Ajax Amsterdam, Peter Bosz, percaya perlawanan akhir Liga Europa pada awal pagi esok di antara pasukan gergasi Belanda itu dan Manchester United telah kehilangan "seri" susulan serangan pengganas di bandar kelab Inggeris itu.
Semalam, seorang pengebom berani mati bertindak membunuh 22 orang dan mencederakan 59 yang lain di Manchester Arena ketika konsert bintang pop Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande, sedang berlangsung.
Sebagai tanda hormat, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan akan mengadakan upacara bertafakur selama seminit sebelum sepak mula di Arena Friends, Stockholm, manakala pemain akan memakai lilitan lengan hitam.
UEFA bersetuju dengan permintaan daripada United untuk tidak mengambil bahagian dalam sidang akhbar pra-perlawanan berikutan tragedi itu.
Begitupun, pengurus Red Devils, Jose Mourinho, sempat mengeluarkan kenyataan ringkas di mana dia berkata pemain dan kakitangan kelab itu tidak dapat memalingkan fikiran dan hati mereka terhadap mangsa dan keluarga mereka sambil menuntut penduduk Manchester untuk bersatu hati.
Rakan sejawatan Mourinho, Bosz, pula mengadakan sidang media di ibu negara Sweden dan suasana suram menjelang perlawanan itu tidak dapat dielakkan.
"Apa yang berlaku di Manchester adalah sesuatu yang kita semua rasakan. Saya bagi pihak Ajax merakamkan simpati terhadap semua pihak yang terlibat," kata Bosz.
"Perlawanan ini hilang serinya.
"Esok sepatutnya menjadi pesta bola sepak tetapi ia telah terjejas akibat peristiwa ini, terutama kerana kami akan menentang Manchester United. Saya menawarkan simpati yang tulus ikhlas."
Bosz menjelaskan skuadnya telah berbicara mengenai peristiwa tragis itu, apatah lagi ada dalam kalangan ahli keluarga mereka sempat menghadiri persembahan Grande di Amsterdam, baru-baru ini.