Jurulatih Felda United, B. Sathianathan, mengakui ketiadaan ketua pasukan, Shukor Adan, merupakan kehilangan besar buat The Fighters dalam pertemuan Liga Super menentang Pahang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam esok.
Shukor terlepas aksi menentang skuad Tok Gajah kerana digantung satu perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.
Ketiadaan pemain pertahanan berusia 38 tahun itu sudah pasti menghadirkan cabaran hebat buat skuad Felda untuk mencapai misi tiga mata di laman sendiri setelah mereka turut kehilangan Norfazly Alias ekoran kecederaan.
"Kami perlukan ciri-ciri yang dimiliki Shukor. Tetapi, kami perlu terima hakikat bahawa dia tidak akan beraksi esok.
"Saya harap penggantinya akan bermain dengan baik," katanya.
Sebagai pengganti, anggota baru Felda, K. Prabakaran, kini menjadi taruhan Sathianathan di benteng akhir.
Bekas pemain Harimau Muda itu akan bergandingan dengan pertahanan import, Dino Djulbic, bagi membendung asakan Pahang.
"Saya perlu memberikan sumbangan bermakna dalam latihan sehingga diberi kepercayaan oleh Sathianathan bagi menggantikan tempat Shukor.
"Oleh itu, saya perlu berikan aksi terbaik," kata Prabakaran.