Kejayaan Felda United menewaskan Petaling Jaya City FC (PJFC) dalam perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi merupakan hasil keazaman kesemua pemain selepas gagal mengutip sebarang mata dalam lima perlawanan Liga Super sebelum ini.
Ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Jamil, berkata kesungguhan anak buahnya memperbaiki kedudukan pasukan tidak hanya dipamerkan dalam aksi malam tadi, bahkan ia bermula sepanjang sesi latihan minggu ini.
"Sepanjang minggu, mereka sangat fokus dengan misi membaiki kedudukan dan saya pasti mereka bangga dengan kejayaan ini walaupun kami turun bermain secara bertahan. Bagi saya, bukan mudah untuk menang dengan satu pasukan yang bertenaga seperti PJFC.
"Ini secara langsung pemain membuktikan mereka boleh melakukannya apabila bertemu pasukan gergasi seperti Selangor dan Kedah nanti dan pastinya tiga mata diperoleh amat penting bagi kelab yang sedang mendaki seperti kami," katanya.
Dalam perlawanan itu, gol tunggal The Fighters dijaringkan oleh pemain import, Kei Ikeda, menerusi sepakan penalti pada minit ke-29 selepas pemain pasukan itu dijatuhkan dalam kotak penalti.
Nidzam berkata mereka cuba menampilkan permainan bertenaga bagi menyaingi keupayaan pasukan lawan seawal waktu permainan tetapi strategi itu kurang menjadi sebelum mereka bertindak menukar rentak kepada bertahan bagi mengekalkan keputusan perlawanan.
"Kami cuba bermain laju di mana 25 minit pertama pemain cuba menyesuaikan diri dengan rentak pantas perlawanan tetapi kadangkala dalam bola sepak, hal ini tidak terjadi. Apapun, yang penting kami tidak berkongsi gol," tambahnya.
Sementara itu, pengendali PJFC, K. Devan, berkata pasukannya dilihat kurang bernasib baik apabila gagal menjaringkan gol walaupun memiliki banyak peluang keemasan.
"Kami berjaya menguasai permainan dan memperoleh lapan peluang menghasilkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi dan kami terpaksa akur dengan kekalahan ini. Bagi perlawanan seterusnya, kami akan cuba tampil lebih baik," katanya.
-- BERNAMA