Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) diberitakan melarang Kelantan Red Warrior (KRW) daripada menandatangani sebarang pemain sehingga 14 Ogos depan.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, ia berkemungkinan kerana KRW didapati memiliki identiti yang sama dengan Kelantan FC.
Sebagai rekod, Kelantan FC digantung pendaftaran oleh FIFA sejak 2023 berikutan masalah pembayaran gaji pemain.
KRW pula ditubuhkan pada Disember tahun lalu bagi menghadapi saingan Liga A1 Semipro musim ini.
Dalam pada itu, Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, menafikan pasukannya dikenakan sekatan berkenaan.
Menurutnya, surat FIFA sudah dijawab dan dihantar kelmarin dengan mengharapkan isu berkenaan tidak lagi berlarutan dan mengganggu persediaan KRW.
"Kelantan FC jika diberikan lesen pada bila-bila masa, mereka boleh bermain kembali dalam liga Malaysia dan ada kemungkinan KRW akan berlawan dengan Kelantan FC pada satu hari nanti.
"Asal-usul KRW, apabila Kelantan FC tidak diberikan lesen, kami penyokong berasa amat dukacita dan adakan gerakan untuk menyelamatkan semula bola sepak Kelantan.
"Kami sudah berbincang dengan Zamsaham (Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman) untuk membeli Kelantan FC tetapi selepas enam bulan berbincang, masih tiada kata putus.
"Jadi kami putuskan untuk membuka kelab baru, iaitu Kelantan Red Warrior," katanya.

?TERKINI: FIFA dikhabarkan tidak membenarkan KRW melakukan pendaftaran pemain sehingga 14 Ogos depan. https://t.co/zskgGJyQeI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 28, 2025
Dalam pada itu, Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, menafikan pasukannya dikenakan sekatan berkenaan.
Menurutnya, surat FIFA sudah dijawab dan dihantar kelmarin dengan mengharapkan isu berkenaan tidak lagi berlarutan dan mengganggu persediaan KRW.
"Kelantan FC jika diberikan lesen pada bila-bila masa, mereka boleh bermain kembali dalam liga Malaysia dan ada kemungkinan KRW akan berlawan dengan Kelantan FC pada satu hari nanti.
"Asal-usul KRW, apabila Kelantan FC tidak diberikan lesen, kami penyokong berasa amat dukacita dan adakan gerakan untuk menyelamatkan semula bola sepak Kelantan.
"Kami sudah berbincang dengan Zamsaham (Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman) untuk membeli Kelantan FC tetapi selepas enam bulan berbincang, masih tiada kata putus.
"Jadi kami putuskan untuk membuka kelab baru, iaitu Kelantan Red Warrior," katanya.
Presiden KRW Nik Hafiz Naim Nik Hassan anggap bekas jurulatih sokongan Kelantan silap tembak.
— FinaNasrom (@fnasrom) July 28, 2025
Surat FIFA sudah di jawab dan di hantar pada 26 Julai, dengan mengharapkan isu ini tidak lagi berlarutan & ganggu persediaan KRW
Nafi ada arahan dr FIFA sekat pendaftaran pemain. pic.twitter.com/2kGdlIjBW2