Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, akan meletakkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil dan akan diganti dengan individu yang lebih tepat.
Jika tidak mahu dikenakan denda, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memberikan amaran kepada Indonesia khususnya Erick Thohir yang memegang dua posisi sekali gus.
Ini kerana, teguran itu dibuat berdasarkan amalan yang bertentangan dengan pengurusan bola sepak antarabangsa apabila seorang presiden badan induk tidak dibenarkan memiliki kerusi lain ketika menerajui persatuan bola sepak negara.
"Saya sudah ditegur oleh FIFA. Belum ada lagi di dunia seorang presiden juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil," katanya.
Jelasnya lagi, sebab utama Erick Thohir memegang jawatan itu meskipun bergelar Presiden PSSI kerana ingin membantu Yoshimi Ogawa yang akan diangkat sepenuhnya mengetuai sektor dan jabatan itu demi kemajuan sistem pengadil bola sepak di Indonesia.
Ia adalah bersifat sementara dan transisi itu bakal berakhir.
Ogawa sudah terlibat dengan kerja teknikal bersama PSSI sejak 2023 bagi menambah baik mutu pengadilan, selain mempelajari daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) untuk meningkatkan kualiti pegawai perlawanan.
"Ogawa akan stres ketika tahun pertamanya kerana belum memahiri landskap bola sepak kita. Jadi saya hanya membantu dia sebelum melepaskan jawatan ini," katanya lagi.

Ketua Umum PSSI Erick Thohir memastikan akan mengakhiri perannya sebagai Ketua Komite Wasit PSSI. Langkah itu diambil menyusul peringatan dari FIFA yang melarang rangkap jabatan antara ketua federasi dan kepala komite wasit.
— VivaCoid (@VIVAcoid) July 13, 2025
"Kenapa saya jadi komite wasit? Siapa berani menyogok… pic.twitter.com/I8t5VwcKR7