Skip to main content

Bola Sepak

Fernandes akui jurang besar Manchester United-Liverpool

fernandes.jpg
Bruno Fernandes berkata penyokong Manchester United sememangnya berhak yang lebih baik lagi berbanding persembahan buruk pasukan itu baru-baru ini terutama ketika The Red Devils dibelasah 0-4 Liverpool, sebentar tadi. 

Selepas ditumbangkan 0-5 oleh musuh ketat itu di Old Trafford ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer awal musim ini, United telah melepaskan sembilan gol tanpa balas sepanjang menentang anak buah Jurgen Klopp tersebut musim ini.

Hanya sekali dalam sejarah liga mereka pernah mengalami kekalahan berganda yang lebih teruk dalam semusim, iaitu ketika tewas 0-11 kepada Sunderland pada 1892-93.

Mereka hanya menguasai 28 peratus dan mencipta satu percubaan tepat dalam prestasi di Anfield tadi -- tuan rumah merampas takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City menerusi kelebihan dua mata -- hingga mendorong Fernandes memohon maaf kepada penyokong kelab. 

Bagaimanapun, dia menolak tuduhan bahawa beberapa bintang United gagal mencurahkan komitmen sambil mengakui mereka ada kualiti, cuma bukan daripada segi perlaksanaan. 

“Jelas sekali ia keputusan yang begitu teruk, tidak banyak yang boleh saya katakan, saya rasa meminta maaf kepada penyokong sahaja belum cukup tetapi itu sahaja yang boleh kami lakukan sekarang,” kata pemain antarabangsa Portugal tersebut kepada Sky Sports sebaik kekalahan itu. 

“Mereka tidak layak menonton kami beraksi sebegini, mereka berhak menikmati prestasi yang jauh lebih baik daripada kami, cara mereka memberikan sokongan kami kami hingga akhir perlawanan, cara mereka terus memuji kami, mereka berhak mendapat lebih banyak lagi dan kami tahu kami perlu menetapkan tahap yang jauh lebih tinggi, inilah hakikatnya. 






“Saya rasa semua pemain berlari, saya rasa setiap perlawanan semua orang berusaha, saya langsung tidak terlintas mengenai seseorang yang tidak memberikan usaha 100 peratus untuk diri sendiri dan pasukan.

"Kami perlu membincangkan perkara ini (dalam kalangan skuad) tetapi ia perlu kekal di bilik persalinan. Kami sedar tidak banyak yang boleh kami lakukan, tetapi perlawanan ini sudah berakhir dan kami perlu memikirkan aksi yang seterusnya dan ia satu lagi yang sukar (di Arsenal Sabtu ini).

"Liverpool berjuang untuk kejuaraan, itulah perbezaannya. Kami sebaliknya tidak mencabar untuk apa-apa pada ketika ini, jadi anda boleh mengukurnya menerusi perbezaan mata, saya tidak perlu berada di sini untuk mengatakan tentang perbezaan tahap di antara kami.

"Kami perlu cermin diri sendiri, kami perlu merenung jauh ke dalam dari atas sampai ke bawah dan memahami apa yang silap."


 

Advertisement

Must Watch Video