Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menikmati malam yang terhebat di sepanjang kariernya selepas berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu Madrid menewaskan Juventus 4-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.
Kejayaan Ronaldo menjadi lebih manis apabila dia dipilih memenangi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dan ia disampaikan oleh bekas pengurusnya di Manchester United, Alex Ferguson.
Penyerang Portugal itu turut berjaya mengatasi bintang Barcelona, Lionel Messi, untuk memastikan anugerah kasut emas menjadi miliknya, memenangi pingat UCL buat kali keempat serta merakamkan gol peribadi ke-600 dalam kariernya.
Kejayaan pertama Ronaldo di peringkat Eropah adalah pada tahun 2008 ketika bersama United di bawah bimbingan Ferguson.
Ferguson juga dilihat mengucapkan tahniah kepada Ronaldo ketika mereka bertemu di terowong pemain.
“Ini musim yang hebat, memenangi kedua-dua Liga Juara dan La Liga,” kata Ronaldo.
“Semua pemain menunjukkan aksi terbaik dan saya sendiri telah melakukan persediaan rapi sebelum perlawanan ini, jadi saya sangat gembira.
“Perlawanan menentang Juventus seimbang pada babak pertama dan mereka lebih banyak mencipta peluang.
“Aksi kami dalam separuh masa kedua ternyata berbeza dan semua pemain Madrid telah mempamerkan aksi terbaik sepanjang musim ini,” ujar Ronaldo.
"Sukar untuk memenangi Liga Juara-Juara dan kami menentang pasukan yang hanya bolos tiga kali tetapi kami berjaya menjaringkan empat gol," tambahnya.