Skip to main content

Bola Sepak

Felda rekodkan kemenangan ketiga

empat-pemain-harimau-malaysia-bakal-perkuat-felda-united-musim-depan.png
FELDA 3 PULAU PINANG 0

Felda United meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana musim ini apabila menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak, sebentar tadi.


Beraksi buat kali pertama di gelanggang sendiri musim ini, skuad bimbingan B. Sathianathan mengekalkan momentum apabila mencipta kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini, menewaskan UKM 2-1 sebelum mencipta kemenangan bergaya ke atas PDRM 6-2.

Felda memiliki permulaan sempurna apabila penyerang kelahiran Brazil, Gilberto Fortunato, hanya memerlukan 12 minit untuk meledak gol sulung perlawanan.

Lapan minit kemudian, Fortunato sekali lagi menjadi sandaran meletakkan The Fighters apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadi kedudukan 2-0.

Pulau Pinang membalas dengan beberapa percubaan yang hampir menerjah gawang Felda, peluang terbaik Pulau Pinang hadir pada minit ke-32 menerusi K. Thivandaran, bagaimanapun percubaan pemain berusia 19 tahun itu sekadar melewati palang gol.

Bersambung babak kedua, Felda berusaha untuk menambah bilangan jaringan dan Christie Jayaselan menyempurnakan kemenangan mereka sekaligus kekal selaku pendahulu saingan Liga Perdana selepas mengumpul sembilan mata.

Advertisement

Must Watch Video