Setiausaha Agung Felda United, Zulkarnain Muhammad, berhasrat untuk memujuk Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu dengan menganggap jurulatih itu masih sah sebagai pengendali The Fighters ketika ini.
Felda tidak melatah dengan pengumuman perletakan jawatan Irfan selepas tamat aksi Liga Super bertemu Sarawak, kelmarin.
Sebaliknya, Zulkarnain mahukan perbincangan empat mata dengan Irfan selepas jurulatih berpengalaman itu sekadar membuat pengumuman di depan media semata-mata.
Masih ada ruang buat Irfan yang sedang bercuti selama seminggu di Eropah ketika ini, dengan Zulkarnain melihat 3 Oktober ini sebagai waktu terbaik untuk Ifran dan pihak pengurusan mengadakan rundingan semula.
"Kami masih menunggu Irfan. Kami pun masih belum bermesyuarat lagi," katanya.
"Senang cerita, saya masih menunggu lagi daripada Irfan kerana sebelum ini dia hanya bercakap melalui media, tiada surat-menyurat dan tiada perjumpaan dibuat.
"Saya baca dalam media, dia ada bercakap pasal akan berjumpa dengan pihak pengurusan. Jadi, kami masih menunggu."
Sementara itu, kapten pasukan, Shukor Adan, menganggap Irfan sebagai individu yang bertanggungjawab, namun mengharapkan keputusan itu kembali ditimbangkan Irfan dalam tempoh bercuti ketika ini.
"Sebilangan orang mengatakan pada tahun pertama saya beraksi bersama Felda, pasukan Felda ini tidak kuat, yang tiada apa-apa. Kalau kita lihat pada tahun pertama, pemain-pemainnya orang tidak kenal.
"Sampai satu tahap, apa yang dibuat jurulatih Irfan dan pihak persatuan, kami pergi ke Piala AFC dan memberi cabaran yang amat baik dalam liga," kata Shukor.
Irfan,65 tahun, adalah antara jurulatih paling senior dalam pasukan Liga Malaysia.
Dilahirkan di Padang Rengas, Perak dan dibesarkan di Kelantan, Irfan telah mebimbing lapan pasukan dalam kancah Liga Malaysia.
Paling mencuri tumpuan ialah ketika dia dua kali membimbing pasukan berbeza yang muncul juara Piala FA 2004 bersama Pulau Pinang dan 2011 ketika dengan Terengganu.