Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak menolak kemungkinan mengambil seorang perunding khas bagi membantu meningkatkan ranking dunia skuad bola sepak negara.
Menurutnya, FAM menyedari hakikat perlunya menggunakan pendekatan lain dalam meningkatkan ranking skuad negara.
FAM turut sedia maklum terdapat peningkatan mendadak terhadap ranking dunia India selepas negara itu menggunakan khidmat perunding khas.
"Perlu kita ingatkan dalam tempoh satu atau dua tahun ini, kedudukan ranking akan berlegar sekitar 140 sehingga 170. Sebelum ini pun, di bawah pengendali lama naik turun itu berlaku.
"Jadi, jika kami memerlukan khidmat jurunding bagi memperbaiki ranking, kami akan melakukannya," ujar Hamidin.
Pada masa sama, Hamidin memberi jaiminan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara akan mempunyai barisan lengkap sebelum aksi persahabatan dengan skuad bawah 22 tahun Myanmar, 14 Julai ini.
Namun, FAM masih menanti kata putus daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Pulau Pinang (FAP) mengenai pelepasan pemain mereka 12 Julai ini.
"Kami masih menunggu jawapan daripada Pahang dan Pulau Pinang bagi mereka melepaskan pemain bagi 12 Julai ini," tambah Hamidin yang ditemui ketika melawat latihan skuad bola sepak wanita ke Sukan SEA Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yakob.