Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berminat untuk menggunakan khidmat Lim Teong Kim sekiranya Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) berada di bawah seliaan badan induk itu selepas ini.
Pengguguran nama Teong Kim selaku jurulatih skuad bawah 16 tahun negara cukup jelas bahawa nama pengendali itu tiada dalam perancangan FAM sekiranya NFDP ditetapkan di bawah kawalan badan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bolasepak Belia FAM, Datuk Seri Subahan Kamal, hanya menyerahkan hal itu sepenuhnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, untuk memutuskan khidmat Teong Kim dalam NFDP ketika ini.
"Saya tidak pasti. Seperti apa yang saya katakan, itu adalah budi bicara pihak menteri.
"Apa yang penting, menteri tahu hala tuju mengenai individu yang akan menjalankan tugas dalam program ini," kata Subahan.
Sama ada keputusan NFDP di bawah seliaan FAM akan berlaku atau sebaliknya, ia hanya akan diketahui pada 15 Oktober ini.
FAM berusaha meyakinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa mereka paling tepat untuk mengemudi program itu dengan jaminan mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik, dengan syarat ia turut mempengaruhi jumlah dana yang diperuntukkan.
"Apabila anda mahu menjalankan program seperti ini, sudah pasti soal kewangan paling penting.
"Berapa jumlahnya, saya tidak tahu kerana ia bergantung kepada keputusan menteri. Mungkin formula lain juga perlu dicari."
Sementara itu, Syed Saddiq akan mengadakan dialog bersama peminat bola sepak tempatan yang akan turut disertai wakil daripada FAM, NFDP dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Bagaimanapun, beliau enggan terburu-buru dalam mendapatkan khidmat luar bagi menggantikan tempat Teong Kim dan mahu melakukan perbincangan terlebih dahulu.
"Saya tidak mahu menjadi pakar dalam bidang ini, jadi kita tunggu. Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini ia berdasarkan kedudukan kewangan kementerian.
"Sebab itu, kenyataan saya berkait rapat dengan situasi itu dan saya mahu menemui penyokong tegar bola sepak kerana mereka memiliki pandangan dan mungkin cadangan tersendiri," ujar Syed Saddiq.