Skip to main content

Bola Sepak

FAM tagih kapasiti Hamidin dalam FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin-amin.jpg
"Ini bukan perkara baru, kenapa cepat melatah"? 

Demikian persoalan ditimbulkan Penolong Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (FAM), Datuk Zainal Abidin Hassan.

Ia rentetan kemungkinan jawatan presiden kehormat diberikan kepada mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, hingga mengundang pelbagai reaksi pemerhati bola sepak tempatan. 

Tegas Zainal, adalah menjadi satu kebiasaan apabila mantan presiden akan diberi penghormatan untuk mengisi posisi itu.

"Saya tidak faham mengapa perkara ini dibangkitkan. 

"Kita fokus kepada kebaikan untuk bola sepak negara. 

"Kita dalam revolusi bola sepak negara, lebih banyak idea lebih baik. Selagi ada kebaikan untuk FAM adalah lebih baik. 

"Kita tidak boleh pertikaikan adakah (Hamidin patut) ada ke tidak. 

"FAM masih memerlukan khidmat terbaik daripada FIFA, Hamidin masih merupakan anggotanya," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video