Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, menegaskan tindakan Pulau Pinang menarik diri dalam Piala Belia dan Piala Presiden musim ini akan memberi implikasi besar terhadap pembangunan bola sepak negeri itu.
Selepas dipalit dengan isu pemotongan mata, skuad Harimau Kumbang terus dilanda malang.
Kelmarin, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menerusi satu kenyataan mengesahkan penyertaan mereka dalam Piala Belia dan Piala Presiden masih menjadi tanda tanya.
Ia susulan kekangan kewangan kritikal dialami FAP, sekali gus memberi tamparan kepada skuad senior untuk bekalan pemain kelak.
Perkara itu tidak dinafikan Firdaus dengan mengesahkan pihaknya ada menerima surat penarikan diri FAP berhubung perkara berkenaan.
"Banyak kesan yang boleh berlaku.
"Apabila sesebuah pasukan itu tiada pembangunan, ini akan menimbulkan masalah nanti.
"Sepatutnya FAP berjumpa dengan badan induk (FAM) terlebih dahulu dan kami cuba menyelesaikan perkara tersebut.
"Apapun, mereka telah berpatah balik dan sedia mengadakan perbincangan dengan kami," kata Firdaus.
Untuk rekod, Pulau banyak melahirkan pemain berwibawa sejak akhir-akhir ini, antaranya S. Kumaahran, Jafri Firdaus Chew dan Syamer Kutty Abba.