Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

FAM, NFDP cari kesepakatan

hamidin-sayed-saddiq.jpg
Selepas tiada persefahaman dan rentak seiring badan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), ura-ura program itu bakal dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya semakin jelas.

FAM berlapang dada andai itu yang mahu dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Dalam masa terdekat, satu perbincangan rasmi melibatkan pihak FAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan diadakan berhubung kedudukan NFDP selepas ini.

"Beliau (Syed Saddiq) ingin FAM menjaga NFDP. Saya telah memaklumkan pengarah teknikal FAM, Peter Dee Roo, untuk berjumpa dengan menteri belia dan sukan dalam masa terdekat ini bagi mencari jalan untuk meningkatkan program ini," kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. 

Syed Saddiq juga akan menerima kertas kerja daripada FAM berhubung isu itu selain beberapa tindakan segera akan diambil bagi memastikan program berkenaan mampu diselamatkan dan bukan hanya berdasarkan portfolio bekas menteri terdahulu semata-mata.

"Menteri belia dan sukan ingin perkara ini diputuskan secepat mungkin. 

"Dalam masa terdekat, FAM akan menyiapkan laporan perancangan untuk memastikan NFDP ini lebih berdaya saing atau menyerlah pada masa akan datang," tambahnya. 

Syed Saddiq dan Hamidin bertemu di Surabaya, Indonesia, bagi aksi final yang membawa kepada kemenangan 4-3 Malaysia ke atas Myanmar. 

Ia merupakan pertemuan empat mata buat kali pertama sebaik Hamidin diumumkan selaku presiden FAM yang baru dalam Kongres FAM Ke-54 yang berlangsung Sabtu lalu.

Advertisement

Must Watch Video