Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahkan pelantikan bekas jurulatih skuad B-16 negara, S. Balachandran, dan bekas pengendali Kuantan FA, Aminuddin Hussin, sebagai penolong jurulatih skuad senior kebangsaan bulan ini.
Menurut Hamidin, faktor pengalaman dua jurulatih itu di peringkat akar umbi adalah antara sebab FAM menyokong cadangan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, untuk mengambil mereka kembali berkhidmat di FAM.
Aminuddin juga pernah terbabit melatih beberapa pemain yang kini dalam skuad senior kebangsaan ketika di Sekolah Sukan Bukit Jalil manakala Balachandran pernah mengendalikan beberapa tonggak skuad B-23 negara ketika mengemudi pasukan B-16 pada 2014.
Balachandran dan Aminuddin akan mengikat kontrak dengan FAM sehingga tamat saingan Piala Suzuki AFF, Disember depan dengan pilihan untuk dilanjutkan kontrak berlandaskan prestasi skuad kendalian Cheng Hoe.
Pelantikan dua jurulatih itu turut mendapat perkenan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Dengan pengalaman bersama pemain muda, gabungan Balacandran dan Aminuddin boleh membantu Tan Cheng Hoe," kata Setiausaha Agung FAM itu.
Dalam perkembangan lain, Hamidin mengesahkan satu aksi persahabatan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya dengan Mongolia dirangka sebelum aksi terakhir kelayakan Piala Asia berdepan Lubnan di Beirut pada 27 Mac depan.
"Kami mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Mongolia di Stadium Nasional, Bukit Jalil sama ada pada 22 atau 23 Mac, iaitu sebelum pasukan kebangsaan ke Beirut," katanya lagi.