Skip to main content

Bola Sepak

FAM bukan PIBG -- Kamarul Ariffin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam-new.jpg
Persatuan Bola Sepak Malaysia bukan PIBG -- itu ditegaskan bekas pengurus skuad kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin Sahar. 

Usai ulangtahun ke-99, menuju ke-100 tahun bagi tempoh 365 hari dari sekarang, kematangan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu seiring dengan usia.

Ada teguran diberikan Kamarul, merujuk kepada isu semasa yang tidak pernah lekang daripada badan induk itu, menggambarkan kontroversi melebihi pencapaian semasa sebuah persatuan yang bakal memasuki usia satu abad.

Misi mengulangi penampilan di pentas Asia di Arab Saudi 2027 hampir pasti.

Tegas Kamarul, FAM perlu terus pandang kehadapan seiring dengan perkembangan revolusi Harimau Malaya yang mengambil sikap serius untuk layak ke Piala Asia tahun hadapan.

Hakikatnya, FAM hanya bersikap lepas tanggungjawab jika melihat Kelayakan Piala Dunia 2030 sebagai bermimpi di siang hari.

Jika skuad kebangsaan sudah direvolusikan, FAM juga perlu revolusi supaya pergerakan badan induk seiring dengan skuad bola sepak negara dan layak ke Piala Dunia 2030 bukan mustahil.

Beliau juga percaya Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selaku pemangku presiden FAM berada di landasan yang tepat untuk memimpin badan induk itu selepas ini.
   

Advertisement

Must Watch Video