Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Faisal Halim mampu jadi taring Harimau Malaya!

faisal_1.jpg
"Faisal mainkan peranan penting buat Harimau Malaya"

Perkara itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang berada di kem latihan pusat Harimau Malaya di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, hari ini.

Dia berkongsikan keadaan terkini Faisal Halim yang semakin mendapat kepercayaan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, dengan mempamerkan peningkatan daripada aspek prestasinya ketika ini.

"Progres Mickey sangat baik, semakin mempamerkan peningkatan daripada prestasi dalam sesi latihan. Perkara itu juga dikongsikan jurulatih Peter kepada saya bahawa Faisal memainkan peranan penting.






"Dia sebagai pemain yang mampu tawarkan ancaman kepada pasukan lawan. Perkembangan dia makin baik, dia sedang bersaing sengit untuk rebut tempat dalam kesebelasan Utama," katanya.

Bagitupun, dia turut berkongsikan bahawa pertahanan Harimau Malaya iaitu Dominic Tan tidak menyertai latihan hari ini susulan mengalami kecederaan.

"Dominic Tan tidak sertai latihan kerana cedera, pemain lain dalam kondisi baik." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video