Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, melontarkan nasihat buat badan induk bola sepak negara itu berhubung usaha untuk mencabar keputusan rasmi yang telah dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) minggu lalu.
Tujuh pemain 'Malaysian Abroad' digantung setahun beserta denda selain tempias buat FAM yang perlu membayar RM1.8 juta atas dakwaan pemalsuan dokumen yang dianggap sebagai satu pertuduhan yang cukup berat.
Hakikatnya, kenyataan sebegini tidak dikeluarkan FIFA andai mereka tidak membuat sebarang siasatan awal selain memiliki bukti nyata.
"Tanpa petanda awal, tujuh pemain ini terus dikenakan denda dan penggantungan.
"Kita perlu tangani dengan bijak terhadap segala tindakan.
"Jangan gunakan bahasa pasar dan mencabar membuta tuli kerana ia mungkin akan mengaibkan kita lagi dengan mengemukakan dokumen ataupun surat pengesahan daripada keluarga tujuh pemain ini," katanya.
Justeru, tindakan untuk mencabar badan dunia itu perlu dilihat secara menyeluruh agar tiada istilah menegakkan benang yang basah daripada berlaku.
Berdasarkan pengalamannya selama enam tahun memacu Sekretariat FAM, Azzuddin berpendapat usaha mendapatkan pengurangan jumlah bayaran denda relevan untuk diusulkan, namun tidak sekiranya membabitkan pemotongan mata.
"Pengurangan denda ada kemungkinannya tapi dalam untuk peraturan perlawanan (menyatakan), apabila (kemenangan) pasukan itu sudah dibatalkan tidak kira apa jua alasannya, saya tidak rasa mungkin akan kekalkan mata kemenangan itu kerana perlawanan terbabit tidak adil.
"Kita kena faham sebab ia dipanggil 'fair play', bukan sahaja di atas padang sahaja. Ia termasuk pengurusan dan urus tadbirnya. Maknanya lebih mendalam dan meluas," katanya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang