Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Selamat malam Harimau Malaya, 7 pemain warisan digantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengenakan sekatan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain.

Bintang warisan negara, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan daripada Tatatertib FIFA 2a (kerana pelanggaran Tatatertib FIFA2) pemalsuan dokumen.

 
FIFA menerima aduan berhubung kelayakan pemain-pemain tersebut untuk mewakili Harimau Malaya ketika perlawanan bertemu Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027, Jun lalu.

Berikutan prosiding oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang menilai semua bukti telah mengenakan sekatan berikut:

FAM dan ke semua pemain terlibat diarah membayar denda yang ditetapkan.

Pemain-pemain yang disebutkan di atas akan dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak berkuat kuasa dari tarikh pemberitahuan keputusan itu.

FAM dan pemainnya telah dimaklumkan mengenai syarat keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA hari ini.

Status kelayakan pemain terbabit dirujuk kepada tribunal FIFA untuk pertimbangan lanjut.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kini menanti keputusan penuh daripada tribunal ke atas kelayakan pemain terlibat.

Untuk rekod, Timor Leste tidak dibenarkan terlibat bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 sebagai hukuman berikutan isu kegagalan sembilan pemain naturalisasi mereka mengemukakan dokumen sah ketika kelayakan Piala Asia 2015.
Harimau Malaya Jersey

Teruskan Sokongan

Semangat pasukan tetap hidup – pakai jersi rasmi.


⚡ Beli Jersi

Advertisement

Must Watch Video