Penggantungan tujuh pemain Harimau Malaya termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka mendatangkan pelbagai implikasi terhadap bola sepak tempatan.
Bintang warisan negara, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA (kerana pelanggaran Tatatertib FIFA2) berhubung pemalsuan dokumen.
Berdasarkan beberapa kes pendahulu, pasukan kebangsaan berdepan kemungkinan dilarang bermain di pentas antarabangsa sebagaimana Timor Leste, sebelum ini.
Timor Leste tidak dibenarkan terlibat bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 sebagai hukuman berikutan isu kegagalan sembilan pemain naturalisasi mereka mengemukakan dokumen sah ketika kelayakan Piala Asia 2015.
Ini bermakna Harimau Malaya berdepan kemungkinan terkeluar daripada saingan Piala Asia 2027.
Keputusan dua perlawanan dalam Kelayakan Piala Asia (menang menentang Nepal dan Vietnam) sebelum ini bakal terjejas.
Selain dikenakan denda, bagaimanakah status tujuh pemain berkenaan yang dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak?
Holgado, Machuca, Palmero dan Garces berkemungkinan mengucapkan selamat tinggal kepada kelab masing-masing meskipun sedang menempa nama di Eropah.
Kelibat Irazabal, Figueiredo dan Hevel bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) turut menjadi tanda tanya ekoran kedua-dua pemain ini didaftarkan sebagai pemain lokal dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) mahupun antarabangsa.
Apakah status Harimau Selatan yang sedang menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE)?
Umum mengetahui bahawa secara dasarnya kejohanan berprestij itu membenarkan pendaftaran pemain asing tanpa had dan senarai pemain bagi setiap kelab boleh berubah dari masa ke semasa. Skuad kendalian Xisco Munoz berpotensi selamat, namun berkemungkinan terpaksa melupakan khidmat tiga pemain itu.
Begitupun, penyertaan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu dalam ACLE dilihat terus menjadi pendebatan hangat.
Ada yang mengutarakan persoalan adakah keputusan perlawanan yang memainkan pemain-pemain itu sebelum diketahui status sebenar akan bertukar dan menjadi sebaliknya seperti tidak dikira atau diberi kemenangan percuma kepada pihak lawan? Itu belum diputuskan lagi secara terang dan masih menunggu pengesahan rasmi.
Bagaimanakah pula impaknya kepada penganjuran liga tempatan dan pembangunan akar umbi?
Setakat ini, status kelayakan semua pemain terbabit mahupun kesan kepada kelab dan negara telahpun dirujuk oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kepada Tribunal Bola Sepak FIFA untuk pertimbangan lanjut.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kini sedang menanti keputusan penuh daripada tribunal ke atas kelayakan pemain terlibat.
FAM dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu mengikut tempoh yang ditetapkan.