WEST BROM 0 CHELSEA 1
Cesc Fabregas mengakui kejayaan Chelsea merangkul gelaran Liga Perdana Inggers (EPL) "sukar dipercayai" selepas jaringan lewat daripada Michy Batshuayi ke atas West Brom, awal pagi tadi.
Pemain gantian, Batshuayi menjadi wira Chelsea selepas dia menjaringkan gol buat pertama kali dalam saingan EPL sejak Ogos pada minit ke-82 di The Hawthorns.
Jaringan tersebut sekaligus menutup prestasi yang mengecewakan pada musim lalu, apabila menamatkan saingan di tangga ke-10 dan Fabregas - yang mengharungi musim ketiganya di Stamford Bridge - hampir tidak berjaya membendung kegembiraannya.
"Saya sangka kami mungkin akan menjadi seperti salah satu perlawanan yang pernah kami harungi," kata bekas pemain Arsenal dan Barcelona itu kepada Sky Sports.
"Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama.
"Mungkin kami akan gemetar tetapi kami menemui ruang dan Batshuayi memastikan kemenangan kami. Inilah dinamakan bola sepak, sukar untuk dipercayai."
Batshuayi yang menyertai skuad kendalian Antonio Conte dari Marseille sebelum musim 2016-17 bermula, menjadi pemain yang dilupai buat musim ini, tetapi rakan senegaranya, Thibaut Courtois menegaskan skuad Chelsea tidak pernah meragui kualiti penyerang kebangsaan Belgium itu.
"Kerana kami tidak beraksi di Liga Juara-Juara (UCL), sukar untuk membuktikan kebolehan sebenar kami," kata Courtois.
"Terdapat beberapa pemain yang tidak dapat waktu beraksi tetapi dia [Batshuayi] mengambil peluangnya dan saya sangat gembira.
"Musim lalu sangat mengecewakan, jadi kami bangkit semula dengan memenangi liga musim ini."
Chelsea akan menjulang trofi EPL pada perlawanan terakhir musim ini ketika bertemu Sunderland yang sudah tersingkir, tetapi memberikan tumpuan bagi aksi final Piala FA bertemu Arsenal.