Skip to main content

Bola Sepak

Evra setuju perkasakan Marseille

evra-leaves-juventus-for-marseille.jpg
Marseille melengkapkan perpindahan Patrice Evra dari Juventus, demikian menurut kelab Ligue 1 itu. 

Evra, 35, bersetuju untuk menyertai kelab yang berpangkalan di Stade Velodrome itu selama 18 bulan tanpa menguar-uarkan harga perpindahan tersebut. 

Evra, yang turut dikaitkan dengan bekas kelab, Manchester United, selain Valencia dan Crystal Palace beberapa minggu ini, memilih untuk kembali ke kancah liga Perancis. 

Pemain pertahanan kiri itu memulakan kariernya bersama kelab kerdil Itali, Marsala, selepas bakatnya diasah di akademi remaja Paris Saint-Germain (PSG). 

Dia juga pernah menyertai Monza, Nice, Monaco dan United sebelum memilih menyertai Juventus pada 2014. 

Bersama gergasi Turin itu, dia merangkul dua gelaran Serie A sebelum mempertimbangkan untuk berhijrah susulan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama musim ini. 

Marseille sebelum ini berjaya mengikat Morgan Sanson dari Montpellier dan terus berharap dapat menggoda kembali Dimitri Payet dari West Ham. 


Advertisement

Must Watch Video