Skip to main content

Bola Sepak

Everton tandatangani Martina dari Southampton

cuco-martina_1ou795ii7wb6x1vf065uviq1lj.jpg
Everton mengumumkan menandatangani Cuco Martina menerusi perpindahan percuma dari Southampton, dengan pertahanan kanan itu kembali bekerja dengan bekas bos Saints, Ronald Koeman.

Pemain berusia 27 tahun itu bersetuju dengan kontrak tiga tahun dengan Everton, menjadi wajah segar terbaru di Goodison Park dalam jendela perpindahan sibuk untuk skuad Koeman.

Wayne Rooney melengkapkan kepulangan ke Everton selepas 13 tahun di Manchester United sementara pembelian besar mereka termasuk Jordan Pickford, Michael Keane dan Davy Klaassen.

Martina akan menambah pilihan pertahanan Everton apabila bek kanan tetap, Seamus Coleman, meneruskan pemulihan akibat patah kaki ketika tugasan antarabangsa bersama Republik Ireland, Mac lalu.

"Everton adalah kelab besar dengan cita-cita besar dan saya sangat tidak sabar untuk menyertai kumpulan pemain dan pengurus apabila kami cuba melangkah ke depan pada musim depan," kata Martina kepada laman web Everton.

"Sudah tentu, saya kenal pengurus itu ketika saya di Southampton, jadi saya tahu apa yang dia mahukan dan dia tahu apa yang boleh saya lakukan."

Fleksibiliti Martina menarik minat Koeman, dengan pemain antarabangsa Curacao itu membuat sembilan penampilan Liga Perdana untuk Southampton pada musim lalu, ketika Everton cuba mengimbangi komitmen tugasan Eropah dengan usaha memecah masuk dalam kelompok enam pasukan terbaik Liga Perdana.

"Cuco Martina adalah pemain berpengalaman yang boleh bermain posisi berbeza di belakang, di mana ia penting," kata Koeman.

"Ia juga penting dengan jumlah perlawanan yang akan kami hadapi dalam kempen akan datang. Kami mempunyai kekuatan dan persaingan dalam skuad."

Advertisement

Must Watch Video