Pemain sayap, Richarlison, bersatu semula dengan bekas pengurus, Marco Silva, di Everton selepas menyempurnakan perpindahan daripada satu lagi pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), Watford.
Pemain berusia 21 tahun itu tiba di Goodison Park dengan bayaran yang tidak didedahkan walaupun dipercayai menghampiri rekod perpindahan kelab, £45 juta (RM240.4j), yang dibelanjakan musim lalu ke atas Gylfi Sigurdsson.
Richarlison menandatangani perjanjian selama lima tahun dan menjadi pemain pertama direkrut Silva sejak pelantikannya pada penghujung Mei lalu.
Bekas pemain Fluminense itu menikmati permulaan memberangsangkan dalam kancah EPL dengan menghasilkan lima gol pada pertengahan November lalu di bawah kendalian Silva yang ketika itu mengurus The Hornets.
Begitupun, prestasi Watford merudum seiring dengan Silva yang dikaitkan ke Everton manakala tahap persembahan pemain dari Brazil itu merosot dan dia gagal menambah bilangan jaringannya.
Richarlison berkata dia sudah tidak sabar lagi untuk kembali bekerjasama dengan Silva dalam usaha untuk menyerlahkan semula permainan terbaiknya.
"Saya mahu meraih banyak kejayaan bersama Everton. Saya fikir adalah penting bagi saya untuk bersatu semula dengan Marco Silva di sini," katanya.
"Saya akan belajar lebih banyak kerana saya masih belajar sebagai pemain dan saya berhasrat untuk membangun dan berkembang di sini.
"Everton menaruh kepercayaan kepada saya dan saya mahu menghormati seragam ini dan membuktikan di atas padang mengapa saya datang ke sini.
"Saya amat mengenali pengurus, jadi saya tahu bagaimana dia bekerja.
"Saya berkembang maju dengan baik ketika dia bersama saya di Watford. Sangat bagus bekerja dengannya dan pada suatu hari nanti, saya percaya dia boleh membantu saya untuk terpilih menyertai skuad kebangsaan Brazil," tambahnya.
Silva menjangkakan pemain itu akan memberikan saingan sengit untuk merebut tempat apabila dia cuba memperbaiki kedudukan kelapan yang dicapai oleh Sam Allardyce musim lalu.
"Dia pantas, kuat, secara teknikalnya sangat bagus dan mampu beraksi di tiga posisi barisan hadapan, dia juga boleh menjaringkan gol," kata pengurus Portugis itu.
"Peminat Everton akan melihat pemain yang akan sentiasa 100 peratus komited untuk membantu pasukan," ujar pengurus itu.
Richarlison membuat 41 penampilan kompetitif bersama Watford musim lalu.