Pertahanan, Eliaquim Mangala, telah menyempurnakan perpindahannya secara pinjaman ke Everton dari Manchester City hingga tamat musim ini.
Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai jentera pertahanan skuad bimbingan Sam Allardyce selepas hanya membuat sembilan penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
"Saya sangat teruja dengan peluang bermain untuk Everton dan tidak sabar untuk menyarung jersi kelab ini buat kali pertama serta memberikan yang terbaik buat penyokong-penyokong Everton," kata Mangala.
Mangala merupakan pertahanan termahal ketika menyertai City dari Porto pada Ogos 2014 – nilai perpindahannya GBP32 juta (RM177 juta) kemudian dilaporkan mencecah GBP42 juta (RM232 juta).
Bagaimanapun, kekerapan melakukan kesilapan memaksa Mangala dipinjamkan ke Valencia bagi musim 2016-17.
Pemain berusia 26 tahun itu kembali ke dalam skuad kendalian Pep Guardiola musim ini dan membuat 15 penampilan dalam semua kejohanan.
Bagaimanapun, kehadiran pertahanan terbaru dari Athletic Bilbao, Aymeric Laporte, sekali gus mengetepikan lagi namanya untuk dipilih beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.
Mangala kini menjadi pemain ketiga terbaru buat Everton selepas mereka mendapatkan khidmat Cenk Tosun dam Theo Walcott, yang menjaringkan dua gol ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City.