Etika kerja sempurna Cristiano Ronaldo menjadi sebab mengapa dia mampu beraksi di tahap tertinggi untuk jangka masa yang lama, kata bekas pemain bintang Atletico Madrid, Simao.
Madrid bakal berdepan pasukan jiran, Atletico, dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, dengan Los Blancos menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dalam final menerusi penentuan sepakan penalti musim lalu.
Kesetiaan Simao mungkin untuk pasukan putih merah di Madrid, namun dia memuji keinginan yang dipamerkan bekas rakan sepasukannya di Portugal itu untuk terus meningkatkan permainan menjelang pertembungan a di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu ini.
"Setiap hari selepas bangun daripada tidur, dia yang pertama akan ke gim," Simao memberitahu Omnisport. "Dia terus berlatih untuk tempoh satu jam sebelum memulakan latihan. Selepas tamat latihan dia terus membuat latihan tambahan.
"Dia sentiasa mahu lebih daripada sedia ada. Dia sedar jika mahu kekal di tahap tertinggi, dia perlu terus berlatih.
"Di peringkat profesional, dia seorang yang sempurna, dia hanya tahu berlatih, berehat, menjaga makan dan bertanding. Kerana itulah, dia sentiasa mengekalkan tahap kecergasan yang baik. Bukan mudah untuk melakukannya.
"Sesiapa sahaja mampu berada di puncak tetapi untuk kekal lama sepertimana dilakukan Cristiano adalah satu tugas sukar.
"Dia sentiasa menjaringkan gol. Ketika ini dia sedang mencari posisi terbaik untuk menjaringkan gol. Kerana itulah dia mahu beraksi di bahagian depan kerana tidak seperti sebelum ini di mana dia mendapat ruang yang banyak di bahagian sayap.
"Tetapi buat masa ini, dia sedang beraksi selaku pemain penyerang kerana dia mendapat lebih banyak peluang untuk membuat jaringan. Meskipun tidak lagi menggelecek bola melepasi pihak lawan, dia kini mendapat peluang untuk meledak gol yang banyak.
"Bakat menggelecek Ronaldo mungkin semakin pudar tetapi dia kini cukup tajam di hadapan gawang lawan. Dalam bola sepak, perkara yang paling penting adalah menjaringkan gol."