Skip to main content

Bola Sepak

Eriksen hanya perlukan 11 saat benam United

010218christian-eriksen.jpg
TOTTENHAM 2 MANCHESTER UNITED 0

Christian Eriksen hanya memerlukan 11 saat untuk membuat jaringan yang membantu Tottenham menamatkan rekod tanpa kalah Manchester United bagi tahun 2018 dengan kemenangan 2-0 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.


Bintang Denmark itu mengambil kesempatan di atas persembahan sambil lewa barisan pertahanan United sebelum Phil Jones menjaringkan gol sendiri bagi memastikan tiga mata diraih oleh skuad kendalian Mauricio Pochettino itu.

Keputusan ini mengakhiri rekod tanpa kalah United dalam lapan perlawanan dan menyaksikan mereka ketinggalan 15 mata kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, yang menewaskan West Brom 3-0 di Stadium Etihad.

Eriksen menjaringkan gol kedua terpantas bagi perlawanan EPL selepas pertahanan United gagal mengeluarkan bola hantaran jauh yang dilancarkan oleh pemain Spurs.

Alexis Sanchez yang turun buat pertama kali buat United untuk perlawanan liga selepas berhijrah dari Arsenal, gagal memberikan impak selepas mereka ketinggalan 2-0 selepas hantaran Kieran Trippier ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Jones.
 

Advertisement

Must Watch Video