Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, menikmati kedudukan di kemucak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yakin mampu memenuhi tanggungjawab untuk menamatkan kemarau trofi mereka.
Spurs gagal memenangi trofi sejak 2008 walaupun peminat mengimpikan mereka untuk mencabar kejuaraan selepas memungut 23 mata daripada 27 mata setakat ini.
Ia membawa kelab London itu ke puncak liga dan mereka akan mendahului Manchester City dan Arsenal dengan lima mata sekiranya melakar kemenangan di Crystal Palace pada awal pagi esok.
Postecoglou sedang menikmati permulaan impiannya di England dan bertekad membuktikan kelab barunya itu mampu menjadi pesaing utama untuk perebutan trofi setiap tahun.
Bekas pengurus Celtic itu berkata: “Saya datang ke mari bukan untuk tidak gagal. Kelab ini mempunyai semua asas untuk berjaya. Harapan sedemikian harus ada.
"Sebahagian daripada sebab mengapa kami hampir berputus asa untuk mencabar kejuaraan adalah kerana mereka berasakan itulah kedudukan mereka. Itu semua adalah jangkaan dan realitinya, malah saya tidak menaikkan atau cuba melemahkan segala jangkaan yang diharapkan.
“Apa yang menjadi dorongan buat saya ketika ini ialah cuba membina sesuatu yang mampu merealisasikan cita-cita kelab ini. Persepsi orang luar tidak terlalu penting bagi saya. Ini adalah kelab besar dan pada pendapat saya, kami sepatutnya berada dalam kedudukan untuk mencabar trofi setiap musim.
“Di Celtic kami berada di atas untuk tempoh yang sangat panjang tetapi pada mulanya bukannya sebegitu. saya tidak fikir orang melihat perubahan sikap saya.
“Ia adalah satu perkara yang sering saya lakukan. Ia bukan tentang kekal tenang mahupun terbawa-bawa dengan apa jua perkara. Cuma peranan saya dalam konteks itu ialah menjadikan sesuatu konsisten dan boleh dipercayai ramai.
“Saya hanya mempunyai satu objektif: bagaimana kami boleh menjadi lebih baik? Apabila itu adalah objektifnya, tidak kira di mana anda berada baik di kedudukan teratas mahupun kritikan dari luar.
“Ia mengenai cara pemain dan kakitangan dan semua orang yang terlibat dengan kelab ini memandang saya. Satu perkara yang saya lakukan setiap hari ialah sibuk melakukan apa yang saya lakukan. Itu memang sikap saya dari dulu.
"Saya juga faham bahawa saya menggalas tanggungjawab besar untuk memimpin organisasi ini, pemain, kakitangan dan orang-orang yang saya harapkan mampu menjayakan tempat ini.
"Mesti ada sedikit kebolehpercayaan mereka terhadap visi saya ini baik secara sedar atau tidak."

DWWWWDWWW ?
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) October 24, 2023
We keep going ? pic.twitter.com/lCNV1a60wc