Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Salah kagum kejayaan segera garapan Arne Slot

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah-slot.jpg
Mohamed Salah mengakui impak Arne Slot di Liverpool sejak menggantikan Jurgen Klopp telah mengejutkannya.

Klopp meninggalkan jawatannya di penghujung musim lalu dengan Slot beralih daripada Feyenoord untuk melangkah ke bilik persalinan Anfield, bahkan membawa The Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kempen pertamanya.

Liverpool mengesahkan kejuaraan liga dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Tottenham pada hujung bulan lalu yang menyaksikan Slot muncul pengurus kelima yang memenangi pertandingan itu dalam percubaan pertamanya.

Dia mengikut jejak langkah Jose Mourinho (Chelsea, 2004-05), Carlo Ancelotti (Chelsea, 2009-10), Manuel Pellegrini (Man City, 2013-14) dan Antonio Conte (Chelsea, 2016-17).

“Saya tidak menjangka kami akan menang secepat ini,” kata Salah kepada France Football.



"Siapa yang boleh meramalkan perubahan ini akan berjaya dengan begitu cepat? Saya rasa tiada siapa. 

"Ketika pramusim, Arne datang berjumpa saya dan meminta saya menjadi suri tauladan kepada pemain lain.

"Saya beritahunya agar usah khuatir risau kerana saya sentiasa berada di tahap terbaik saya, bukan kerana menjadi ikutan sebaliknya itulah saya. 

"Dia memberitahu saya harapannya terhadap saya dalam permainan yang menuntut saya memikul lebih banyak tanggungjawab dalam soal larian, itulah yang saya gemari."

Advertisement

Must Watch Video