EPL
EPL: Salah doakan yang terbaik buat Alexander-Arnold
Mohamed Salah pasti lambat-laun dia akan bertemu semula dengan Trent Alexander-Arnold sambil mendoakan yang terbaik buat rakan sekelabnya di Liverpool itu untuk masa depan.
Alexander-Arnold pada malam tadi mengesahkan akan meninggalkan Liverpool di penghujung musim ini selepas menolak tawaran kontrak baru, sementara Virgil van Dijk serta Salah melanjutkan perjanjian mereka di Anfield.
Dan pemain antarabangsa England itu sebaliknya memilih destinasi baru dan dilaporkan sudah bersetuju untuk memperkuatkan Real Madrid.
Iklan
Walaupun Alexander-Arnold sedar keputusannya itu akan mengecewakan peminat Liverpool, Salah mendoakan yang terbaik untuk bekas rakan sepasukannya tersebut.
It’s been a pleasure sharing a special friendship with you and playing alongside you. I wish you the best and I am sure we will meet again. @TrentAA pic.twitter.com/6AtSSEkNtm— Mohamed Salah (@MoSalah) May 5, 2025
"Adalah satu penghargaaan untuk berkongsi persahabatan istimewa dengan anda dan beraksi di samping anda," tulis warga Mesir itu di media sosial.
"Saya doakan yang terbaik buat kamu dan saya pasti kita akan berjumpa lagi."
Must-Watch Video