Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pertembungan dua jentera tengah Arsenal, Chelsea

astro_epl_matchkv1-arsvchels_bm_match-01-kv-1920x1080.jpg
Mampukah Declan Rice sekali lagi bertindak sebagai penyelamat The Gunners atau Enzo Fernandez bakal memahat nama selaku sang perwira The Blues?

Aksi Minggu 29 menyaksikan dua kelab London bertembung, Chelsea mencari ruang untuk memastikan kutipan mata penuh berjaya diraih bagi memastikan slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan, sementara Arsenal mencari ruang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Liverpool. 

Berdasarkan aksi EPL terdahulu, pemain tengah bagi kedua-dua pasukan, Declan Rice and Enzo Fernandez, menjadi watak penting pasukan mereka!

Rice menjaringkan gol penyamaan ketika bertemu Manchester United di Old Trafford manakala Fernandez bertindak sebagai jeneral dalam kemenangan The Blues ketika bertemu Leicester.

Melihat kepada statistik, 26 penampilan menyaksikan Rice menjaringkan dua gol manakala Enzo memperoleh empat gol -- walaupun bilangan itu kecil namun mereka bertindak sebagai pemain tengah yang melancarkan transisi menyerang dan bertahan dengan cemerlang.

Ia terbukti menerusi hasil peluang besar dicipta oleh Rice 15 manakala 10 dilakukan oleh Enzo. 

Siapa yang bakal menjadi pemenang Ahad ini? Sama-sama kita saksikan menerusi Astro, Astro GO dan Sooka.


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video