BURNLEY 0 MAN CITY 2
Pep Guardiola memberitahu pemain Manchester City supaya melupakan hasrat untuk melihat Liverpool kehilangan sebarang mata di penghujung musim ini kecuali ketika bertandang ke Stadium Etihad, hujung minggu depan.
Pengurus City itu memimpin anak buahnya mencipta kemenangan 2-0 di Burnley, sebentar tadi, untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kedudukan mereka dirampas oleh skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, selama beberapa jam.
Gol Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan dalam separuh masa pertama menghadiahkan City mata penting di Turf Moor untuk kemenangan 2-0 ketiga berturut-turut ke atas Burnley.
“Kami meraih mata dan ada baki lapan perlawanan lagi. 24 mata (untuk direbut),” kata Guardiola.
"Mudah-mudahan Liverpool akan tewas ketika menentang kami tetapi selain daripada itu saya tidak fikir mereka akan keciciran mata. Kami perlu berasakan bahang tekanan ini, menempuhinya dan menanganinya. Kami perlu memenangi kelapan-lapan perlawanan ini, jika tidak kami akan tidak menjadi juara."
Objektif Guardiola adalah untuk menjauhkan minda pemainnya daripada prospek memenangi trofi dan terus memberikan tumpuan kepada perlawanan yang seterusnya. Bagi City, tugas berikutnya ialah perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid di tempat sendiri, Rabu depan.
“Kami perlu berasa tekanan ini,” katanya lagi.
"Kami perlu menumpukan perhatian kepada UCL kemudian kami mempunyai lima hari untuk membuat persediaan bagi menghadapi Liverpool."
Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu menambah: "Sejujurnya, kami tidak banyak bercakap tentang menjadi calon juara musim ini."
City sentiasa dijangka mengungguli pertemuan di Turf Moor itu -- di mana tuan rumah diancam penyingkiran -- apabila memenangi sembilan kunjungan terakhir dengan agregat 32-1.
Guardiola mengeluh anak buahnya gagal menokok jaringan lebih selesa lagi apabila melepaskan 12 peluang dalam babak kedua, tetapi dia berpendapat rumput di Turf Moor itu panjang sekali gus menjadikan tugas pasukannya lebih mencabar.
Raheem Sterling mencipta kedua-dua bantuan gol itu dan persembahannya mengundang rasa seronok Guardiola, ia membuktikan kewibawaan penyerang itu yang menjadi kapten ketika England menentang Ivory Coast.
"Raheem kembali daripada pasukan kebangsaan dengan rentak jaringan malah diangkat sebagai ketua pasukan England," katanya.
“Kita dapat lihat setiap keputusannya hari ini begitu penting dan dia menghasilkan gerakan berbahaya dari sebelah kanan, malah mempamerkan kepantasan dan segala-galanya.
"Saya rasa kemuncak prestasinya akan tiba dalam detik yang sangat baik."

34 - Ilkay Gündogan has scored his 34th Premier League goal for Man City, making him the outright top scoring German in Premier League history, overtaking Mesut Özil (33). Wunderbar.
— OptaJoe (@OptaJoe) April 2, 2022